LATIHAN CANVA · PENDIDIK
Latihan Canva untuk guru dan pendidik
Bengkel hands-on untuk menghasilkan bahan pengajaran yang kemas, mudah dibaca dan senang diguna semula. Bersemuka atau online, dalam Bahasa Melayu atau English.
Sesuai untuk siapa?
- Guru sekolah yang menyediakan slaid, lembaran kerja dan poster sendiri
- Pensyarah dan pengajar politeknik, kolej serta IPT
- Panitia atau unit e-pembelajaran yang mahukan templat seragam
- Pendidik yang baru bermula dengan Canva, atau mahu menambah AI dalam aliran kerja
Antara topik yang boleh disusun
Kandungan akhir bergantung pada tahap peserta dan masa yang ada.
Asas Canva untuk bahan pengajaran
Slaid, lembaran kerja dan poster kelas, bermula daripada objektif pembelajaran.
Templat seragam untuk panitia
Satu set templat yang boleh dikongsi supaya bahan jabatan nampak konsisten.
Visual yang membantu pelajar faham
Hierarki tajuk, saiz teks yang boleh dibaca dari belakang kelas dan penggunaan gambar yang bertujuan.
Canva dan AI dengan semakan guru
Menggunakan AI untuk draf dan variasi soalan, kemudian menyemak istilah, fakta dan kesesuaian umur.
Izin, lesen dan fail boleh sunting
Memilih bahan yang dibenarkan dan menyimpan versi asal supaya mudah dikemas kini.
Cara sesi dijalankan
- Bincang keperluanKongsi siapa pesertanya, tahap semasa dan bahan yang biasa dihasilkan.
- Cadangan skopTopik, tempoh dan format disusun mengikut keperluan dan dipersetujui bersama.
- Sesi praktikalPeserta membina bahan sendiri sepanjang sesi, bukan sekadar menonton demo.
- Langkah seterusnyaTemplat dan fail yang boleh disunting dibawa pulang untuk terus digunakan.
Peserta memerlukan laptop dan akaun Canva. Guru sekolah yang layak boleh memohon Canva for Education terus daripada Canva; kami maklumkan keperluan akaun sebelum sesi.
Dikendalikan oleh Coach Khairul
- Canva Canvassador 2026
- HRD Corp Accredited Trainer
- Penceramah kursus AI untuk kandungan digital pendidikan, Politeknik Kuching Sarawak, 18 Mac 2025 Laporan penganjur ↗
- 12 kursus Canva Design School dalam rekod pembelajaran Coach. Sijil kursus ialah rekod pembelajaran, berbeza daripada pentauliahan profesional.
Soalan lazim
Perlu ada pengalaman menggunakan Canva?
Tidak. Kandungan disusun mengikut tahap peserta. Kumpulan yang baru bermula akan mulakan dengan asas; kumpulan yang sudah biasa boleh terus kepada templat dan penggunaan AI.
Boleh dijalankan secara online?
Boleh. Sesi dijalankan secara bersemuka atau online, dalam Bahasa Melayu atau English, mengikut keperluan sekolah atau institusi.
Berapa kos latihan?
Kos bergantung pada tempoh, bilangan peserta dan lokasi. Hubungi kami melalui WhatsApp untuk berbincang; sebut harga rasmi dikeluarkan oleh GigVenture.
Perlu langgan Canva Pro?
Tidak semestinya. Fungsi percuma mencukupi untuk kebanyakan latihan asas. Guru sekolah yang layak boleh memohon Canva for Education terus daripada Canva. Semak kelayakan di laman rasmi Canva.