LATIHAN CANVA · BISNES
Latihan Canva untuk SME dan usahawan
Bengkel hands-on untuk menghasilkan bahan pemasaran sendiri, daripada poster dan senarai harga hingga kandungan media sosial, dengan rupa jenama yang konsisten.
Sesuai untuk siapa?
- Pemilik bisnes kecil yang menguruskan pemasaran sendiri
- Staf admin atau marketing di syarikat SME
- Usahawan online yang kerap menghasilkan poster dan kandungan media sosial
- Persatuan, agensi atau program pembangunan usahawan yang menganjurkan latihan untuk ahli
Antara topik yang boleh disusun
Kandungan akhir bergantung pada jenis bisnes peserta dan masa yang ada.
Rupa jenama yang ringkas
Memilih warna, font dan versi logo, kemudian menyimpannya sebagai rujukan pasukan.
Templat bahan yang paling kerap diguna
Poster produk, senarai harga dan gambar media sosial yang hanya perlu ditukar isi.
Gambar produk dan susun atur
Menyusun gambar, teks dan harga supaya mesej utama jelas pada skrin telefon.
Canva dan AI untuk idea serta caption
Menggunakan AI untuk draf, kemudian menyunting supaya kekal dengan suara jenama sendiri.
Semak sebelum terbit
Harga, tarikh, nombor telefon dan lesen bahan disemak sebelum bahan dikongsi.
Cara sesi dijalankan
- Bincang keperluanKongsi siapa pesertanya, tahap semasa dan bahan yang biasa dihasilkan.
- Cadangan skopTopik, tempoh dan format disusun mengikut keperluan dan dipersetujui bersama.
- Sesi praktikalPeserta membina bahan sendiri sepanjang sesi, bukan sekadar menonton demo.
- Langkah seterusnyaTemplat dan fail yang boleh disunting dibawa pulang untuk terus digunakan.
Peserta memerlukan laptop atau tablet dan akaun Canva. Digalakkan membawa logo, gambar produk dan senarai harga sendiri supaya hasil sesi boleh terus diguna.
Dikendalikan oleh Coach Khairul
- Canva Canvassador 2026
- Subject Matter Expert, program eUsahawan MDEC
- HRD Corp Accredited Trainer
- Bermula dengan kerja freelance dan reka bentuk menggunakan Canva sebelum membina GetRunner bersama rakan dan mengasaskan GigVenture Profil Coach →
Soalan lazim
Saya tak pandai reka bentuk. Boleh ikut?
Boleh. Sesi bermula daripada templat dan keputusan asas seperti warna serta font, jadi peserta tidak perlu latar reka bentuk. Fokusnya ialah bahan yang kemas dan boleh diguna semula.
Boleh dijalankan secara online?
Boleh. Sesi dijalankan secara bersemuka atau online, dalam Bahasa Melayu atau English, mengikut keperluan penganjur.
Berapa kos latihan?
Kos bergantung pada tempoh, bilangan peserta dan lokasi. Hubungi kami melalui WhatsApp untuk berbincang; sebut harga rasmi dikeluarkan oleh GigVenture.
Boleh tuntut melalui HRD Corp?
Jika syarikat anda majikan berdaftar HRD Corp, sahkan kelayakan program dengan GigVenture sebelum memohon geran. Panduan majikan kami menerangkan langkah umum permohonan.
Panduan HRD Corp claimable →