ChatGPT untuk kerja HR dan admin
Bina draf dokumen daripada brief yang jelas, semak fakta dan susun langkah kerja yang boleh digunakan semula oleh pasukan.
Topik ini ialah penyesuaian workshop AI untuk Workplace Productivity. Aktiviti dan tempoh dipersetujui mengikut tugasan, tahap peserta dan polisi organisasi.
Sesuai untuk siapa?
Pasukan HR, admin dan operations yang menyediakan email, minit mesyuarat, SOP serta bahan komunikasi dalaman. Peserta beginner boleh bermula dengan contoh berpandu; pasukan yang sudah menggunakan AI boleh fokus pada semakan dan penyeragaman workflow.
Apa yang peserta buat?
Contoh aliran latihan berikut akan dipilih dan disesuaikan semasa perbincangan skop.
- Mulakan dengan satu tugasan. Kenal pasti pembaca, tujuan, input dan format output yang diperlukan.
- Sediakan brief untuk AI. Gunakan contoh public, synthetic atau bahan yang telah diluluskan organisasi.
- Hasilkan draf. Cuba email dalaman, minit mesyuarat atau langkah SOP daripada nota contoh.
- Semak dan baiki. Bandingkan draf dengan input asal; betulkan fakta, tanggungjawab, tarikh dan tone.
- Simpan workflow. Dokumentasikan prompt, checklist review dan keadaan yang memerlukan semakan pegawai bertanggungjawab.
Output latihan yang boleh dibawa balik
- Template prompt dengan ruang konteks, sumber dan format.
- Draf SOP, email atau minit mesyuarat berdasarkan aktiviti yang dipilih.
- Checklist semakan fakta, privacy dan kelulusan manusia.
- Cadangan satu workflow untuk dicuba selepas sesi.
Ini contoh deliverable pembelajaran, bukan jaminan penjimatan masa atau hasil operasi. Dokumen latihan perlu disemak sebelum digunakan secara rasmi.
Data dan sempadan penggunaan
Aktiviti bermula dengan data synthetic. Jangan gunakan rekod pekerja, gaji, prestasi, kes disiplin atau maklumat peribadi tanpa kelulusan dan kawalan organisasi. AI membantu menyediakan draf; keputusan pengambilan, penilaian pekerja dan tindakan HR kekal pada pegawai yang bertanggungjawab.
Format, persediaan dan kos
Sesi boleh dibincangkan dalam Bahasa Melayu atau English, bersemuka atau online. Durasi, bilangan peserta, keperluan laptop dan jenis akaun AI ditentukan dalam skop sebelum booking. Akaun berbayar tidak dianggap wajib untuk semua aktiviti.
Lihat anggaran fi dan perkara yang termasuk. Skop khusus diberi quotation; semakan HRD Corp tertakluk kepada kelayakan dan status program.
Siapa yang mengendalikan sesi?
Coach Khairul, nama profesional Khairul Ikhwan Zulkefly, mengendalikan latihan berasaskan kerja peserta. Baca profil dan rujukan pengalaman.
Bincang satu tugasan sebenar team
Kongsi role peserta, jenis dokumen, cabaran semasa dan tarikh yang dicadangkan. Elakkan menghantar data pekerja; penerangan umum sudah memadai untuk discovery.
Bincang skop workshopKemas kini terakhir: 2 Oktober 2026.