LATIHAN ORGANISASI

Memilih kursus AI untuk team: soalan sebelum buat keputusan

Senarai semak untuk majikan dan HR: tentukan masalah kerja, semak kandungan dan trainer, dan rancang langkah selepas kursus.

Coach ialah HRD Corp Accredited Trainer dan mengendalikan latihan melalui GigVenture. Nota ini merumuskan soalan yang wajar ditanya kepada mana-mana penyedia latihan, termasuk kami. Urusan geran dan tuntutan dihuraikan dalam panduan majikan yang dipautkan di bawah.

Mulakan dengan masalah kerja, bukan nama tool

Tulis dua atau tiga tugasan yang mahu diperbaiki, misalnya menyediakan laporan bulanan atau menjawab pertanyaan pelanggan. Kenal pasti siapa yang membuat kerja itu dan tahap kemahiran semasa mereka. Kursus yang dipilih berdasarkan tugasan lebih mudah dinilai berbanding kursus yang dipilih kerana tool tertentu sedang popular.

Tanya tentang kandungan dan latihan amali

Minta rangka sesi dan nisbah antara penerangan dengan latihan amali. Tanya sama ada peserta akan menggunakan contoh daripada kerja sendiri, dan bagaimana data syarikat dilindungi semasa latihan. Semak juga keperluan akaun dan perisian. Peserta yang tidak dapat mengikuti amali kerana akses biasanya pulang dengan teori sahaja.

Semak latar trainer dan penyedia

Tanya program serupa yang pernah dikendalikan dan minta rujukan yang boleh disemak. Jika tuntutan HRD Corp diperlukan, sahkan status penyedia latihan dan trainer terlebih dahulu. Perhatikan juga cara soalan anda dijawab. Penyedia yang bertanya balik tentang kerja pasukan anda biasanya lebih bersedia menyesuaikan kandungan.

Rancang apa yang berlaku selepas kursus

Tetapkan satu penggunaan untuk dicuba dalam dua minggu pertama, bersama pemilik tugasan dan cara semakan. Bincangkan garis panduan dalaman tentang data yang boleh dan tidak boleh dimasukkan ke dalam tool AI. Tanpa langkah susulan, kemahiran baharu cepat pudar walaupun sesi latihan itu sendiri berjalan baik.

Panduan majikan · HRD Corp claimable →

← Semua nota Coach